Powered By Blogger

Tuesday, April 5, 2011

Tip ambil gambar wedding


Ada seorang hamba Allah itu tanya aku tentang tips untuk mengambil gambar wedding.Sebenarnya,aku pun tak berapa pandai sangat pun,tapi aku try bagi tips yang aku tahu berdasarkan pemerhatian dan pertanyaan aku terhadap photographer pro yang lebih mengetahui tentang semua ini.

Jadi aku rasa bagi tak menghampakan orang tu aku akan share tips yang berguna.

Berikut adalah tips untuk newbie :

  1. Pengantin berisi – Sila ambil lebih banyak gambar sisi dari gambar depan-depan yang secara terang-terangan menunjukkan tahap kelebaran pengantin tersebut. Jaga-jaga bahagian peha, lengan, double chin (jangan suruh dia tunduk sangat) atau boleh juga ambil dari sudut sukar, contohnya dari atas.
  2. Pengantin tinggi melangit – Jangan ambil banyak low angle nanti pengantin nampak macam tiang TNB (dulu LLN)
  3. Pengantin rendah – Elak ambil gambar pengantin bersama orang lain. Lebih sesuai jika beliau hanya berlatar belakang pokok kedondong yang sudah kene tut. Baru nampak tinggi.
  4. Pengantin gigi berterabur tapi suka sangat senyum – Hempa suruh la dia buat gelak comel sambil tangan tutup mulut ka, buat muka tahan kentut ka. Takda la sentiasa sengih nampak gigi.
  5. Pengantin mulut busuk – sapa soh kau hidu. Keja hempa amik gambar ja. Tak malu.
  6. Pengantin muka yang garang – Yang ni hempa kena belajar banyak buat lawak dan hempa jangan pulak buat muka tensen. Tahu la penat, cuba buat-buat muka comel mcm beruk mat yeh supaya pengantin leh gelak. Gangster pon ade sense of humordowh. Paling susah hempa geletek saja. Lepas tu kena tetak dengan pisau kek. Haha.
  7. Jerawat pengantin takleh blah – Takda masalah. Belaja photoshop.
  8. Pengantin tak nak senyum (Gelak pon still tak senyum) – Ini bukan manusia. Alien ni.
  9. Pengantin lelaki marahhempa sebab usha bini baru dia – Sapa suruh kau usha. Jangan la usha, . Haha.
  10. Kesimpulannya, kerja ambil gambar ni bukan kerja mudah, tanggungjawab besar. Moment yang terlepas takkan dapat diulang lagi. Kemahiran mengendalikan kamera juga sangat penting. Kamera mahal belum tentu dapat capture moment yang best.
Sayangi DSLR hempa,DSLRku syurgaKu,Isteriku..

14 comments:

  1. cantik la...ada tips...thanx bro

    ReplyDelete
  2. cisss aku rasa aku ada masalah number 2,6,8 tu kalau aku nak suruh photographer tangkap gambar aku kahwin nanti..ekekkeke

    ReplyDelete
  3. hahaha..klau da msalah yg sperti dia ats..sila r ikut tip di ats..insyaAllah..msti nmpak menarik

    ReplyDelete
  4. Tak rasa malu ke ciplak blog entry orang lain?

    http://adiman.net/?p=12

    ReplyDelete
  5. ni ha jejak kauu! sedap2 je main copy paste entry orang lain. orang susah payah fikir and menaip entry kau main copy paste je kan. pehtu ada hati nak keluar pop-up tinggalkan jejak segala. jejak tapak kaki kau nak? useless!

    ReplyDelete
  6. kah kah kah.. kantoi........
    jangan mencuri...
    barang curi jangan mengaku harta sendiri...

    ReplyDelete
  7. suka suki kau je plagiat karya orang lain. hak sendiri dijaga, hak orang lain dihormati. semua tip ambil gambar dalam blog kau ni ciplak orang lain punya, kan? kan? keji sebab menciplak, keji dua kali sebab kantoi.

    ReplyDelete
  8. Alahai, siannya awak ni.
    Kalau ye pun nak popular dan dihormati orang lain, belajar hormati hak orang lain.
    Common sense, kalau nak publish milik org sama ada minta kebenaran ataupun bayar kepada mereka.
    Sekurang2nya kalau tidak minta kebenaran link kan kredit tersebut kepada tuan punya asal artikel ni.
    Memang ia bukan berasaskan keuntungan tetapi mengambil kredit atas tulisan orang lain memang tidak beretika. Terutamanya bagi pelajar pengajian tinggi macam awak.
    Wassalam.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...