Powered By Blogger

Wednesday, April 27, 2011

Tip untuk mengambil gambar ketika malam


Ini aku hendak menjawap pertanyaan saudara dan saudari yang inginkan tips untuk mengambil gambar ketika waktu malam. Aku mengakui memang sukar untuk mengambil gambar ketika waktu malam kerana gambar kita akan menjadi noise dan tak cantik.Aku sendiri pun kadang-kadang itu kantoi juga,nak buat macam mana,aku pun budak baru belajar juga.Perlu memperbanyakkan lagi ilmu-ilmu tentang semua ini.Aku pun masih mencari sifu yang pro untuk aku menambahkan ilmu ini yang tak pernah habis.

Aku akan memberikan sedikit tips untuk mengambil gambar pada waktu malam. Sebarang penambahan amatlah dialu-alukan. Tips dibawah adalah untuk kamera DSLR atau kamera yang mempunyai setting yang disebutkan.Tip ini mengikut pada pengalaman aku mengambil gambar ketika waktu malam.

1) Guna ISO yang paling tinggi (jika ada setting untuk ISO).Contoh yang paling tinggi ialah 1600,2 bagi DSLR D70.

2) Setting shutter speed ditahap yang tangan hempa mampu menahan gegaran. Jika aku, minimam shutter adalah 10. 10 - 30 adalah setting yang sesuai mengikut situasi gambar yang ingin diambil.Tapi aku sarankan supaya hempa menggunakan tripod ketika menangkap gambar.Bagi aku tripod itu wajib sebab tangan kita akan bergetar ketika kita menangkap gambar dan menggunakan shutter speed rendah.

3) Jika hempa menggunakan flash direct, cuba tinggikan nilai aperture sehingga hempa dapat satu gambar yang baik (kena try & error). Contoh 8, 11, 16 keatas, jangan pakai 2.8, 3.3 atau 4.5 sebab itu nampak cahaya flash yang banyak kerana bukaan aperture yang besar.

Kalau kita ingin mengambil gambar manusia pada waktu malam memang sukar dan perlukan kesabaran yang tinggi sebab bukan sekali tangkap saja dah dapat gambar yang kita inginkan.Oleh itu,kesabaran dan usaha kita untuk setting shutter speed dan ISO supaya ia dapat menangkap gambar seperti yang kita mahu itu tercapai.

Sekiranya kita rajin berusaha,maka hasilnya akan kita dapat,InsyaAllah,kita kenalah rajin bermain dengan shutter speed dan ISO itu,supaya kita serasi dengannya.

14 comments:

  1. chantek la! pasni nk try amek tym mlam.. klau xjd, jge la mie.. hik3

    jemput singgah ANASAURUS :)

    ReplyDelete
  2. Farhana>oit..pa pula mie yg kena ni..aduih..hahaha...
    kalau xmenjadi,mesti farhana salah step..hahaha..
    semoga berjaya k farhana

    ReplyDelete
  3. mmg susah pon jadi photographer..haha

    ReplyDelete
  4. tau xpa,nk jdi photographer..kena banyk b'sabar dengan pelbagai ragam cara manusia & lain2 lg...kalau tak sbar,bkn photographer nmanya

    ReplyDelete
  5. terima kasih untuk kongsi tips2 ni....

    ReplyDelete
  6. khairil>sama2,saya harap tip yg saya bagi itu b'kesan & mempermudahkan anda semua

    ReplyDelete
  7. wahh..tips fotografi.. bagus ni..
    dah la minat fotografi..
    aim untuk beli DSLR bila dapat 1st gaji.. hekhek =)
    follow sini..^__^

    ReplyDelete
  8. wahh.. nice tips nk.. walopn sy xda dslr.. keh3

    ReplyDelete
  9. Faziera>yaka,bagus r kalau faziera minat dlm bidang ni,yg paling pnting,kena r praktikkan skill utk mengambil gambar & ikutilah kursus or tip2 yg d'berikan,insyaAllah,leh jdi photographer pro nnt

    ReplyDelete
  10. Ishiko>hahaha...yaka,kumpul det beli r,best tau bila dpt ambik gambar ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...