Monday, April 4, 2011

Kebaikan fotograpi terhadap diri aku



Dalam membicarakan mengenai lagha fotografi kepada ramai orang, saya masih mengganggap bahawa bidang fotografi boleh membawa makna yang besar kepada seluruh kehidupan setiap manusia, jika fotografi itu digunakan dengan sebaik mungkin. Jika kita ingin membicarakan mengenai kebaikan fotografi, tentunya ia mengambil masa yang agak lama. Saya memikirkan mengenai kebaikan fotografi kepada diri saya, sebagai satu entiti mikro yang turut sama terlibat dalam bidang fotografi sedikit masa dahulu.

Fotografi bagi saya ialah:

  • Untuk merakamkan foto keluarga.

Bagi aku, Itu lebih besar daripada aku pergi outing dan terlibat dalam merakamkan foto wanita yang aku tidak kenali, yang dibawa oleh penganjur sebagai talent pada hari outingtersebut. Ini kerana, sekiranya aku memiliki kamera yang terbaik .Oleh kerana kamera kompak juga boleh merakamkan foto mereka (kerana tidak memerlukan shutter yang laju), aku hanya membawa kamera kompak Canon IXUS aku sahaja kemana- mana aku keluar bersama mereka.Itu dululah,sekarang ini,aku sudah mempunyai DSLR,sekarang ini,DSLR lah yang aku bawa kalau aku gatai tangan hendak shoot.


  • Gambar bangunan dan jalan raya

    Rakaman foto suasana di jalanraya dan bangunan adalah perlu kerana perubahan berlaku setiap hari di jalanan dan jika kita tidak merakamkannya, maka kita tidak akan tahu bagaimana sesuatu jalan atau bangunan itu bermula. Ia dikenali sebagai before and after atau dalam Bahasa Melayu iaitu Sebelum dan Selepas. Contog,Katakan pada hari ini kita merakamkan foto-foto di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Dan kita rakamkannya sebulan kemudian, pasti kita akan lihat beberapa perubahan berlaku di dalam kedua-dua foto yang kita rakamkan. Foto-foto kita itu pula boleh kita jadikan foto sejarah, iaitu jika foto 10 tahun lalu yang pasti menampakkan terlalu banyak perubahan.

  • Untuk merakamkan aksi/fotojurnalis.

    Pendapat aku mengenai fotojurnalis ialah bukanlah merakamkan foto curi, tetapi merakamkan suasana. Foto jenis ini aku rakamkan hanya dengan menggunakan kamera kompak atau kamera telefon bimbit aku. Dan tentunya, aku tidak akan membawa lensa 70-200 f2.8 untuk merakamkan foto-foto bentuk fotojurnalis di jalanan atas faktor keselamatan. Walaupun lensa itu boleh digunakan sebagai alat untuk mempertahankan diri sekiranya terdesak, tetapi aku tidak akan membawanya keluar dan hanya membiarkan di dalam drybox sahaja. Ia digunakan untuk tugasan rasmi di pejabat :(.. Foto-foto di dalam segmen ini biasanya untuk tujuan mendidik dan bukanlah untuk mencuri hak privacy orang lain di jalanan.

Apa pula kebaikan yang anda boleh dapat daripada fotografi? Mari bincangkan di sini sekiranya hempa sudi..


Sayangi DSLR hempa,DSLRku syurgaKu,Isteriku..

6 comments:

  1. Biar apapun orang ingin katakan mengenai fotografi,tetapi bagi saya,saya ingin mengangkat fotografi sebagai seni...Kerana bagi saya ianya satu perkara yang memerlukan kita merakam dan mengukir mengunakan cahaya,dan sudah pasti alatannya ialah kamera...Bagi saya melalui fotografi juga saya mendapat keseronokan..sekurangnya saya sebagai seorang remaja tak perlu membuang masa pergi melakukan perkara sia-sia..Setiap gambar yang dihasilkan mempunyai nilai estetika tersendiri..bagi saya melalui fotografi juga menjadi medium penceritaan bagi sesuatu kisah tanpa perlu kita menghuraikannya...cukup sekadar melihat dan memikirkannya..itulah kebaikan dan kepuasan yang saya perolehi...

    ReplyDelete
  2. yer..sokong..saya minat bidang fotografi..saya sayang dslr

    ReplyDelete
  3. regreatnosoul>betul tu,lebih baik kita buang masa ngan DSLR kita dari kita buang msa ngan benda2 yang tak b'faedah seperti merempit & lain2 lagi

    ReplyDelete
  4. rosnajihan>sy sokong awak,sy pun syang DSLR

    ReplyDelete
  5. gambar2 yang di ambil sekarang bukan setakat menjadi kepuasan diri malah boleh dijadikan bahan sejarah suatu masa nanti.

    from : mymekar.com

    ReplyDelete
  6. mekar>tau xpa,dengan danya gambar2 ini r,kira leh imbas kembali kenangan suka dan duka kata,

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...