Powered By Blogger

Friday, March 4, 2011

INSTANT CAMERA (kamera segera)



Perhhh..da pulak kamera segera ni,aku ingat cuma da mee segera ja...ahhahaha..

Anda semua cu teke..cu teke..rasa-rasanya berapa ratus,berapa riban harga kamera segera ini kat Malaysia.

Kamera segera atau dalam bahasa BI ‘instant camera’ adalah kamera yang memproses gambar terus siap dari kamera. Kamera ni menggunakan filem khas yang sememangnya segera. Jenama yang paling populor pada suatu ketika dulu adalah Polaroid daripada Polaroid Coperation. Moden ‘instant camera’ diperkenalkan oleh Edwin Land pada 1948. Walaubagaimanapun, ‘instant camera’ terawal diperkenalkan pada 1923 oleh Samuel Shlafrock.

Sekarang ni dah banyak kamera segera ini dijual dipasaran Malaysia. Kebanyakannya daripada Fujifilm. Keluaran Polaroid pun masih ada dijual oleh pengumpul koleksi kamera ini.

Perh..tekan-tekan ja..terus kuar ("terbit "dlm bahasa kedah) gambar,mesti kedai gambar akan tutup kedai..hahaha..

lawak ja.....

malas dah r nak soh teka,mesti xdapat jwpannya kan..

Meh aku bagitau ja ...antara kamera segera yang murah di pasaran Malaysia dari keluaran Fujifilm; Instax Mini 7s, Mini 25 dan Instax Wide 210. Harganya taklah semahal kamera DSLR kita, dalam lingkungan RM220-RM350




Filem mini ‘instant camera’ ni harganya antara RM22-28 untuk 10 keping. Jadi kena fikir dulu sebelum shoot. Saiz mini lebih kurang kad kredit sahaja.Kiranya senang r si couple2 nk letak gambar bf or gf dlm dompet masing2..xgitu...wahhh..


Untuk suka-suka, pastinya anda akan suka dengan kamera jenis ini. Tekan-tekan terus keluar gambar dari kamera .Disebabkan kamera ini menggunakan filem, kita akan berfikir dahulu sebelum shoot. Ini bukan kamera digital yang kita boleh padam jika tak suka. Sekali ‘tekan’ gambar terus keluar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...