Tuesday, April 26, 2011

Tips tangkap gambar bunga api (Fireworks)


Semalam aku agak terkejut,bila ada salah seorang hamba Allah ini bertanya pada aku,macam mana hendak tangkap gambar bunga api yang cantik.Kemudian,dia minta tips dekat aku.Mesti dia semangat hendak tangkap gambar bunga api ini padahal merdeka or tahun baru lambat lagi.Tak lah,Puas juga aku berfikir semalam,aku bagitahu mengikut pengalaman aku saja ok.

Pertama-tama, kita harus mengetahui konsepnya terlebih dahulu kerana banyak berlaku salah paham. Memotret bunga api adalah menggunakan setting shutter speed yang cukup lama, supaya kita boleh menangkap gerakan dan pembentukan bunga api tersebut.

Tapi masih ramia orang yang menggunakan fungsi automatif kebiasaannya untuk membekukan subjek gambar sehingga hasil gelap dan tidak jelas. Lampu kilat juga tidak dapat membantu kerana keterbatasan tenaga dan jarak jangkauan lampu kilat yang terbatas.

Berikut beberapa tips:

  • Jangan gunakan mode automatif, gunakanlah mode manual
  • Setting shutter speed ke sekitar 5-10 atau lebih lama lagi untuk menangkap beberapa bunga api tersebut.
  • Gunakan Bulb (B) mode untuk membuka shutter lebih lama dari 30 .
  • Gunakan tripod atau letakkan kamera di tempat yang rata, kerana sekiranya kita menggunakan tangan,ia akan bergetar.
  • Set ISO yang rendah, 100 atau 200.
  • Hanya gunakan lampu kilat (flash) untuk menerangi subjek foto yang dekat, seperti orang.
  • Gunakan fungsi self-timer atau remote untuk mencegah getaran kamera saat kita menekan tombol shutter.
  • Perhatikan juga latar belakang, cari dan pindah ke posisi yang lebih baik ketika ingin menangkap gambar tersebut.
Aku berharap kawan-kawan & terutamanya yang minta tips dari aku itu mencuba tips yang aku bagi itu,kalau ada kesalahan,aku minta maaf.Aku ni pun budak masih belajar mengenai photography ini.Semoga berjaya..

6 comments:

  1. boleh bagi tips amik gambar waktu malam ark?...

    ReplyDelete
  2. myael>insyaAllah,nanti sy akan bagiu tip 2 k.

    ReplyDelete
  3. best.. tak tahu bila dpt kamera canggih nie.. huhuu

    ReplyDelete
  4. nk soh sy jwp ka zacky,jwpannya,beli cepat dapt r cpat,beli lambat,makna kta lmbat r dpt dslr 2..hahaha

    ReplyDelete
  5. laaa.. ada tips rupe ny.. ptut la klau amek gmbar slalu xjd.. huu~~ thanks sharing! ^^

    jemput singgah ANASAURUS :)

    ReplyDelete
  6. Farhana>mesti ada punya,pas ni,kena try k tips yg mie bagi ini

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...