Powered By Blogger

Wednesday, April 6, 2011

Bag Untuk kamera DSLR


Hempa mesti bosankan,aku keja post tentang DSLR ja..kali ni,aku nak post tentang bag DSLR pula.

Membeli bag kamera untuk DSLR pun boleh memeningkan kepala kita.Sekarang ni,macam-macam

Bag DSLR yang terdapat di dalam pasaran kita,mau & xmau beli ja..hahaha..

Tak mau cakap banyak dah,meh aku terangkan jenis-jenis bag DSLR untuk memudahkan anda mencari yang sesuai dengan anda...

1. Messenger bag
Bag jenis selempang ini bagus bila hempa memiliki kamera DSLR kecil dengan satu ekstra tambahan. Bila hempa memiliki DSLR yang besar dan lensa panjang yang berat, maka hempa akan merasa tidak selesa untuk dipakai dalam jangka waktu lama. Kelebihan utama bag jenis ini adalah kerana ia kecil dan senang dibawa ke mana-mana pun. Hempa dapat mengambil kamera/lensa dalam bag dengan cepat daripada bag jenis lain.

2. Backpack / Ransel
Bag jenis ini sangat selesa digunakan untuk perjalanan jarak jauh dan bila hempa membawa peralatan dalam jumlah yang banyak. Kekurangannya iaitu tidak boleh mengambil peralatan hempa dengan cepat dan pantas seperti bag selempang.

3. Bag pinggang / Waist Bag
Bag jenis ini berukuran kecil dan tidakboleh memuat peralatan berat, tapi bila hempa memiliki kamera DSLR yang kecil dengan lensa pendek, maka bag ini cukup sesuai kerana hempa boleh mengambil peralatan hempa dengan cepat.

4. Koper
Bag jenis ini biasanya untuk photographer yang memiliki peralatan dengan jumlah banyak dan berat seperti kamera, lensa, speedlight, laptop dan sebagainya.


5. Modular Belt Sistem
Modular belt sistem adalah bag-bag pinggang yang moden ertinya boleh ditambah maupun dikurangkan meningkut kemahuan kita. Sistem ini sangat terkeanal dikalangan wartawan kerana mudah mengambil peralatan mereka dan juga mereka akan merasa lebih ringan.

Harga bag DSLR sangat mahal tapi dibandingkan dengan harga peralatan kamera, harga bag kamera sebenarnya jauh lebih murah. Memilih bag kamera sebaiknya mempertimbangkan gaya photographer hempa, misalnya berapa banyak peralatan yang hempa harus bawa dan berapa kerap hempa mengeluarkan peralatan hempa dari bag.

Aku ni keja bagi tip kat hempa ja,tapi aku haram tak dapat hendak beli backpack idaman aku..

Hahahaha...teruknya aku,asal nak beli ja,mesti da halangan,halangan-halangannya seperti

Stock habis la..kedai tutup la & macam-macam lagi...hahahaha

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...