Wednesday, April 13, 2011

5 cara mudah menguasai DSLR


Dimana-mana blog pun akan memberitahu bahawa buku manual adalah perkara yang pertama,kita memang tak boleh lari dengan buku manual ini.Kepada budak-budak baru,aku harap hempa boleh ikut cara-cara yang aku bagi ini,insyaAllah,hempa boleh jadi pro.

1. Buku Manual

Aku yakin, mesti ramai tidak membaca buku manual ini setelah membeli DSLR. Aku pun dulu begitu, dapat je DSLR, buku manual langsung tidak disentuh, tetapi sebenarnya dalam buku Manual banyak info – info yang penting mengenai DSLR yang boleh kita dapat dalam buku manual tersebut.

2. Majalah Fotografi.

Pernah baca entry mengenai majalah Digital kamera dalam blog ini? Majalah inilah diantara sumber rujukan aku dalam fotografi. Aku nasihatkan, kerap buat rujukan dalam majalah – majalah fotografi yang ada dipasaran. Banyak info – info berguna yang anda boleh dapat dalam majalah fotografi. Bukan saja pasal DSLR, teknik mengambil gambar, idea dan teknik fotografik anda boleh kuasai kalau kerap membaca dan menjadikan majalah fotografi sebagai sumber rujukan.

3. Join community / group / bergaul dengan photographer expert

Pecayalah, cara ini adalah cara yang paling cepat, murah dan mudah untuk mendapatkan segala ilmu dan teknik mengenai fotografi. Jangan malu atau segan untuk keluar bersama – sama dengan photographer – photographer lain. Dan yang paling penting jangan malu untuk bertanya kepada mereka mengenai fotografi. Insyallah mereka akan membantu dan anda pun akan mendapat ilmu secara tidak langsung.Contoh forum group

http://www.photomalaysia.com/

4. Internet

Dunia dihujung jari. Taip dan klik saja anda sudah dapat segala info mengenai fotografi. Bosan untuk membaca penerangan secara panjang lebar, Youtube adalah jawapannya. Ada beribu tutorial video mengenai fotografi yang boleh anda search kat Youtube dan berjuta info mengenai fotografi yang anda boleh dapat apabila search di internet. Even di Facebook pun anda boleh mendapat info mengenai fotografi.

5. Latihan

Yang ini paling penting, jika ilmu sudah diperolehi, lakukan latih tubi. Buat beberapa shoot dan cuba dapatkan komen dari orang ramai terutamanya dari mereka yang pakar tentang fotografi. Jangan risau atau malu untuk dikritik kerana kritikan sebenarnya membawa kepada kesempurnaan. Dalam fotografi, latihan dan “try and error” sangat penting dalam meningkatkan mutu gambar yang diambil.

Cara diatas bukanlah cara yang cepat untuk mempelajari DSLR (unless anda seorang yang cepat belajar). Jika ingin menguasai DSLR secara cepat, anda perlulah menghadiri kelas – kelas fotografi yang dianjurkan. Cuma perlukan “sedikit” duit untuk dilaburkan.


2 comments:

  1. mmg giler la org first tuuu..rami org tak baca buku manual padahal tu yg paling utama...dan praktikal...kalau teori je boring jugak..huhu

    http://faisalapardi.com/

    ReplyDelete
  2. faisal>tau xpa,padahal buku manu adalah p'kara yang paling p'tama kita kena buka bac

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...