Powered By Blogger

Friday, April 22, 2011

Sekarang masa yang paling sesuai membuat business Photographer


Saat sekarang adalah saat yang sesuai untuk masuk ke alam business photography, mengapa?

  • Untuk membuat business photography tidak susah, tidak seperti business lain yang perlu modal yang besar, tidak perlu sijil khusus atau punya sumber yang tertentu. maknanya kalau kita dapat menguasai photography,InsyaAllah kita boleh membuat business tersebut.
  • Belajar photography kini sangat mudah, banyak kursus yang disediakan dan juga banyak buku-buku, internet (video dan tulisan) dan juga ada forum-forum tentang photography ini.
  • Dahulu, sangat sukar untuk mendapatkan ilmu tentang photography ini kerana masih ekslusif dan peralatannya masih primitif dan lebih sukar untuk menguasai.
  • Belajar photography juga tidak memerlukan waktu yang lama, asal intensif dan serius, ilmu ini dapat dikuasai dalam tempoh beberapa bulan sahaja.
  • Photography merupakan kejaya yang kreatif yang lebih menyenangkan bagi banyak orang.
  • Di dalam business photography, kita yang mengawal nasib kita sendiri, menjadi bos bagi diri sendiri daripada ditentukan oleh orang lain/perusahaan.

Untuk memasuki business photography, kita mempunyai dua pilihan . Jalan pertama yang paling sering ditempuhi oleh photographer adalah menjadi photographer bebas atau freelance.

evolusi-fotografer-profesionalEvolusi photographer

Mengapa bekerja sebagai photographer bebas itu lebih mudah?

Jawapannya adalah kerana kita boleh fokus ke arah photography saja dan tidak perlu menguruskan soal business seperti: mendapatkan pelanggan, mengurusi jadual, membayar gaji para pekerja, mengurus marketing, kewangan, sales dan sebagainya. maknanya ada kerja,kita buat, setelah selesai membuat kerja,terus kita dapat duit dari pelanggan kita itu.

Tapi masalahnya menjadi photographer bebas juga banyak kekurangannya

  • Kita kurang dapat mendapat kerja kerana pelanggan sukar hendak percaya dengan freelance ini kerana kita tak ada syarikat atau kedai.
  • Kita terpaksa membuat banyak kerja seperti,kita kena tangkap gambar,kita juga kena edit gambar tersebut.
  • Kita terpaksa membuat kerja itu bersendirian.Kalau nasihat kita baik,kita ada rakan dapat membantu kita.
  • Sekiranya kita ditipu oleh pihak lain ataupun rakan kita,kita tak dapat membuat apa-apa sebab kita tak ada syarikat sendiri yang membolehkan kita untuk mengambil tindakkan.


Akhir kata,semua benda yang kita buat ada negatif dan positifnya.Sekiranya kita jadi freelance,kita ada risikonya yang tersendiri dan sekiranya kita bekerja bawa orang atau syarikat orang,kita akan mempunyai risikonya yang tersendiri contohnya,kita tak ada hak ke atas gambar yang kita tangkap itu.Oleh itu,kita perlulah membuat keputusan kita sendiri yang mana satu baik untuk kita.Yang paling penting,kita kena enjoy dengan kerja yang kita buat...

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...