Powered By Blogger

Tuesday, March 29, 2011

12 tip memahami DSLR

P sana,p sini,duk nampak orang gantung DSLR ja kat leher.Dah macam lembu la pula..hahaha..tak aci marah k. Sekarang ini harga seunit DSLR dah pun murah,rata-rata orang dah dapat membelinya tak seperti awal 20-an dulu, harganya yang mahal,hanya orang betul-betul mampu ja yang dapat beli,sekarang ini,budak sekolah pun dah da DSLR sendiri tau.Sekarang ni paling busuk dalam RM1500 dah leh dapat DSLR baru.

Langkah-langkah

1. Cari satu subjek - Kita mungkin akan merakam satu kawasan yang luas, jadi yang paling penting jangan hampiri kawasan yang gelap dan kurang cahaya. Deria mata kita dapat mengesan lebih banyak cahaya dan pelbagai jenis cahaya yang lebih luas daripada satu deria kamera digital (yang di panggil Dynamic Range dalam setting kamera). Mata ita boleh lihat menembusi cermin dan nampak apa isi dalamnya walaupun dalam keadaan cahaya yang rendah berbanding dengar keadaan cahaya di luar. Bagaimanapun, kamera digital tak boleh jadi sebegini. Dengan kamera, kita hanya dapat lihat apa yang ada diluar cermin atau di dalam cermin sahaja. Pertimbangkan hal ini bila memilih subjek. Jangan pilih terlalu banyak subjek.Kalau terdapat banyak subjek dalam gambar tersebut,ia nampak macam tak berapa menarik mata memandang.

2. Letakkan kamera pada sesuatu. Kalau ada tripod, lebih baik pasangkan. Kalau tak ada, letak pada satu kawasan yang kukuh. Ramai rasakan tripod ni tak diperlukan, malu nak bawak. Tapi untuk dapatkan hasil yang bermakna, pasangkan tripod.

3. Gunakan tetapan Program (P). Ianya adalah mode terbaik untuk permulaan pembelajaran.

4. Tukarkan kelajuan ISO. Kalau ini kamera pertama korang, cuba ekperimen dengan kelajuan ISO. Boleh ubah tetapan ISO dalam setting kamera. Ada juga kamera yang sediakan short-cut key untuk menukar kelajuan ISO. Untuk yang belum faham tentang kelajuan ISO, fungsinya ialah untuk mengukur kepekaan kamera dengan cahaya, lebih rendah angkanya, lebih kurang sensitiflah kamera terhadap cahaya. Lebih tinggi nombornya, lebih tinggi sensitif kamera terhadap cahaya. Cuba amati gambar pada subjek yang sama, kita gunakan ISO paling rendah (50, 100 atau 200), dan kemudian cuba pula dengan ISO yang lebih tinggi (800, 1600 atau lebih).

5. Gunakan tetapan Aperture-Priority (A). Kebiasaannya ia dinyatakan sebagai Av (aperture value) atau A (aperture priority) pada tetapan dail.

6. Tetapkan bukaan aperture lensa. Ia boleh diubah dengan menukar nombor dial pada kamera (dipanggil diaphragm) yang kebiasaannya bermula dari 1.4 hingga 22 pada hampir semua jenis lensa). Cuba rujuk pada buku arahan untuk lebih tepat. Fungsinya ialah menukar saiz bukaan lensa untuk membenarkan lebih banyak cahaya masuk atau mengurangkan jumlah cahaya pada sensor. Saiz bukaan lensa dinyatakan dengan pengiraan nisbah jarak lensa dengan saiz bukaan lensa (digambarkan dengan f/5.6 contohnya). Lebih kecil saiz aperture (kurang cahaya masuk) dinyatakan dengan nombor yang lebih besar (f/22 contohnya). Jadi, cuba rakamkan 2 gambar dengan aperture yang besar dan aperture yang kecil.

7. Ubah kepada tetapan Manual (M) sepenuhnya. Tetapan ini membenarkan kita mengawal sepenuhnya kamera untuk dapatkan hasil gambar yang lebih menarik. Bukanlah sepanjang masa kita perlu gunakan Manual mode, kalau tak apa gunanya setting lain tu. Tapi kita perlu gunakan manual apabila ingin mengawal kedua-dua kelajuan shutter dan bukaan aperture.

8. Tukar kelajuan shutter. Ia digambarkan dengan nombor-nombor yang menaik dua kali ganda setiap kali ditukar. Kelajuan shutter bermula dari 1 saat, 1/2 saat, 1/4, 1/8, 1/16, dan seterusnya (dipanggil “stop” setiap perubahan nombor).

Cuba ambil satu gambar dengan beberapa stops yang berbeza.

- Gambar yang menggunakan shutter laju lebih gelap. Ianya mungkin lebih baik tau sebaliknya bergantung kepada keadaan cahaya.
- Gambar yang menggunakan shutter perlahan menampakkan pergerakkan, gambar yang goyang sekiranya kita pegang kamera sendiri. Walaupun kita memasangkan kamera pada tripod, kelajuan shutter yang sangat perlahan (setengah saat atau lebih) akan menghasilkan gambar yang kabur kerana kamera goyang.
- Bagaimanapun, kita perlu gunakan shutter yang lebih perlahan pada waktu malam contohnya untuk dapatkan gambar pergerakkan lampu kereta. Dalam keadaan yang terang kita boleh gunakan shutter lebih laju untuk mendapatkan pergerakkan yang terhenti.

9. Penting. Ingat terma ini. Fikirkan terma cahaya, kita boleh ubah bukaan aperture, kelajuan ISO atau kelajuan shutter untuk mendapatkan kekuatan berbeza pada setiap jenis keadaan cahaya. Mengubah setiap satu daripadanya akan memberi kesan pada gambar yang diambil, mungkin lebih baik atau sebaliknya. Ingati setiap satunya, dan amalkan semasa merakam subjek kita, sehingga kita terbiasa dengan setiap keadaan sekeliling.

10. Tukarkan kembali kepada tetapan Program (P) sekarang. Memang menarik mengetahui kesemua benda diatas, kita boleh amalkan bila-bila masa sahaja tetapan manual itu sekiranya rasa perlu. Tapi kebanyakkan masanya kita tak perlu fikirkan tentang tetapan manual kerana ada tetapan automatik lain yang memudahkan kerja.

11. Gunakan lensa yang berbeza sekiranya ada. Kalau belum ada, lebih baik sekiranya memiliki satu lensa zoom. Ianya praktikal untuk potret mahupun sukan. Lensa tetap dengan saiz berbeza memiliki focal lengths yang berlainan. Lensa zoom pula mempunyai saiz panjang focal berbeza dan boleh diubah. Lensa 50mm adalah bersamaan atau lebih kurang dengan penglihatan manusia sekiranya dipasang pada 35mm film atau sensor. Bagaimanapun, kebanyakkan sensor digital SLR adalah lebih kecil daripada 35mm film. Maka, panjang focal sebenar perlu digandakan dengan 1.5 di kebanyakkan kamera. (Di panggil Digital Field of View Cropping). Lensa telephoto seperti 80mm atau lebih panjang akan membawa subjek lebih dekat kepada kita. Ia sesuai digunakan untuk potret dan merakam haiwan. Tetapi kita perlu ingat saiz bukaan aperture pada telephoto lebih kecil berbanding lensa tetap. Maka sensitiviti lensa akan lebih lemah berbanding lensa biasa. Ada juga lensa yang mempunyai bukaan aperture lebih besar seperti 70-300mm f/2.8, tetapi harganya adalah sangat mahal. Wide-angle lens seperti 10-20mm memberikan lebih ruang pada pandangan kita. Ia juga memberi gambaran yang kita melihat sesuatu objek pada jarak yang jauh. Ianya berguna apabila merakam gambar pada ruang yang lebih kecil seperti dalam bilik atau pemandangan luas.

12. Mulakan merakam gambar-gambar. Sekarang kita dah fahami asas-asas menggunakan kamera digital SLR, macam mana nak gunakan pada setiap keadaan berbeza.


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...