Friday, March 25, 2011

sensor ku kena serang dengan debu


Biasanya debu yang terlekat pada sensor akan memberi kesan kepada imej berbanding debu yang terlekat pada lens. Cara nak check senang je, set pada Manual, gunakan aperture yang tinggi seperti f22 dan shutter sehingga exposure seimbang (exposure 0). Pastu snap langit, sebaiknya langit yang biru, atau snap pada kertas putih. Kalau ada bintik-bintik hitam, cuba tukar lens. Jika masih ada lagi bintik hitam, maksudnya sensor dah kena debu, kalau lepas tukar lens takda bintik hitam, maknanya lens yang ada debu.Debu yang ada pada lensa kita akan membuat gambar kita jadi tak cantik & cacat.
Ada bintik-bintik hitam dekat dalam gambar ini
yang ini lagi jelas bintik-bintik hitam

Cara untuk mengelak lensa atau sensor kena debu:-

  • jangan tukar lens di tempat yang terbuka.
  • elakkan zoom in/zoom out di tempat yang berdebu. Udara boleh tertarik ke dalam lens.
  • simpan kamera/lens di dalam drybox/bekas kedap udara + silica gel.
  • jangan biarkan kamera/lens di dalam beg dalam jangka masa yang lama.
  • jika kamera/lens terkena air, lap dengan kain kering serta merta.
  • snap beberapa gambar kalau dah lama tak pakai kamera, sekadar nak bagi kamera tu “panas”.
Ingat tau,sayangilah DSLR anda...Kalau tak jaga dengan betul-betul,makna kata,kena keluar duit lagi untuk baiki ataupun beli yang baru..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...