Powered By Blogger

Friday, March 4, 2011

Ada Apa Dengan DSLR


Bagai satu fenomena sekarang, golongan remaja dan belia masing-masing 'gile' dengan satu makhluk baru yang diberi nama Digital Single Lense Reflector atau nama manjanya DSLR... Tak kira kecik besar sekarang, semua nak DSLR. Bahkan ada yang sanggup berikat perut semata-mata nak beli gadget yang beharga lebih ribuan ringgit itu. Dan tidak kirang juga...Semakin banyak muka-muka tak dikenali kini jadi model pada pemilik DSLR..






Sebenarnya..Apa yang ada pada DSLR ni sampai ramai yang tergila-gilakan dia???

Kelebihan yang ada pada kamera DSLR ni ialah:

1. Kualiti gambar yang diambil adalah jauh lebih baik dari kamera biasa

Memandangkan DSLR ni ada lens yang cukup bagus, jadi gambar yang diambil adalah lebih mengancam berbanding kamera biasa.

2. Kecepatan mengambil gambar

Snap shoot DSLR lebih cepat berbanding kamera biasa. Jadi, gambar yang diambil jauh lebih memuaskan. Tak payah nak senyum lama-lama depan kamera sampai sakit bibir anda yang seksi tu..hahaha

3. Jangkauan zoom lebih luas

DSLR dilengkapi dengan saiz zoom yang berbeza-beza. Boleh ditukar ikut suka-suki(macam blog sukasuki zaman sekarang ni jugak..hahaha). Jadi bila zoom, kualiti gambar masih terkawal. Kalau kemara biasa, bila dah zoom, terus kabur..Nampak ape pun tak tau.samada tu hantu ka orang..hahaha

4. Lens yang boleh ditukar ganti

Nak kualiti gambar lebih baik, lense boleh ditukar mengikut kesesuaian gambar, lokasi, jarak dan model..hahaha.... Kalau kamera biasa, korang harus REDHA dengan lens yang dibekalkan..ngeh..ngeh..
)

Kelemahan DSLR kot




1. Harganya yang mahal

Standard DSLR harganya RM1500 dan ke atas. Itu tak termasuk lagi dengan aksesori lain yang dibekalkan bersama DSLR. Kalau nak tukar lens pulak, makan lagi RM1000.mhal x,mahal x..

2. Maintenance yang berterusan

DSLR ni macam laptop jugak. Salah cara menjaga, dia akan rosak dan ini akan merugikan pemilik DSLR. Jadi, setiap keadaan dan masa, DSLR perlukan penjagaan dan pemerhatian yang rapi. Terutama pada lens.

3. Besar dan berat

Saiz DSLR mungkin agak menyukarkan pemiliknya untuk mengambil gambar secara curi-curi. Lens kompom nampak dulu dari badan..hehehe..Jadi, nak bawak ke hulu ke hilir, mungkin menjadi beban sedikit. Tapi bila dah bawak, rasa bangga tak tentu hala. Yelah, bawak benda mahal yang digilai ramai. Sape nak bangga???

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...