Powered By Blogger

Thursday, February 24, 2011

Mengikut tahap kita




Kebanyakan pembeli pertama kali DSLR adalah orang-orang yang biasanya melakukan naik taraf atau 'upgrade' dari kamera Point and Shoot atau kamera kompak , dan alasan mengapa kebanyakan orang ingin mengupgrade ke DSLR mungkin kerana mereka berfikir DSLR akan mengambil foto lebih baik.

Walaupun secara teknikal dan umumnya, DSLR harus memberikan kualiti gambar yang lebih baik daripada P&S dan kompak, anda harus belajar tentang fotografi dan mampu menggunakan kamera dengan betul sebelum anda boleh mendapatkan keputusan yang lebih baik dengan DSLR.

Ingat! Kamera hanyalah alat.

BAJET / JULAT HARGA (PRICE RANGE)

Dah dapat gambaran sebenar DSLR kan?Sekarang jom kita tengok cara-cara memilih DSLR. Hal pertama yang biasa bermain di kepala kita bila kali pertama hendak membeli DSLR pastinya Harga!


1. Peringkat Baru belajar ,harganya ialah Rm 31800.00- Rm 3500.00 (Body Sahaja)







2. Peringkat Pertengahan ,harganya ialah Rm 3500.00 - Rm 8000.00 (Body Sahaja)










3. Peringkat Profesional ,harganya ialah Rm 29,988.00 (Body Sahaja)




Jadi agak-agak dah tahu kelas mana yang mahu anda pilih?mudah kan?

  1. Tengok akaun ada berapa duit.
  2. Lihat banyak mana jumlah yang anda sanggup keluarkan.
  3. Pilih jenama mana yang menawarkan lebih banyak kelebihan kamera untuk bajet anda.
  4. dan yang terakhir, Beli~ ^_^

PERTIMBANGAN UMUM

Kami pernah mendapat soalan seperti apa sebenarnya beza antara P&S dan DSLR? Harus diingat bahawa sekiranya anda telah membuat keputusan untuk membeli DSLR,ia sedikit berbeza dengan membeli kamera kompak dan P&S. Ini bermakna anda bukan hanya membeli sebuah kamera. Anda sebenarnya telah meletakkan diri anda untuk memiliki SELURUH SISTEM!

Sebuah kamera DSLR sistem yang boleh terdiri daripada:

  • Bodi/Badan kamera
  • Lensa
  • Flash Light (Speedlite)
  • Aksesori seperti remote, bateri grip dll.

POINT BERGUNA UNTUK ANDA:

  • Setiap pengeluar kamera DSLR membuat sebuah sistem yang tidak serasi dengan komponen dari pengilang kamera lain. Contohnya, jika anda membeli DSLR Nikon, anda tidak akan boleh menggunakan lensa Canon (kecuali dengan adapter) dan perkara yang sama terjadi bagi unit flash.
  • Sistem kamera DSLR utama di pasaran berasal dari Canon, Nikon, Sony, sistem Four-Third (Olympus dan Panasonic). Fujifilm juga mengeluarkan DSLR yang boleh menggunakan lensa Nikon.
  • Canon dan Nikon mungkin mempunyai sistem paling maju dengan pelbagai pilihan lensa dan aksesori, masing-masing menghasilkan sekitar 60 lensa yang berbeza. Sony, sistem Four-Third dan Pentax berada di tangga ke-2, dengan masing-masing pembuat menghasilkan sekitar 30 lensa yang berbeza untuk masing-masing.
  • Ergonomi merupakan faktor yang sangat penting untuk dipertimbangkan dalam memilih DSLR. Setiap orang memiliki keutamaan yang walaupun berbeza pendapat.

2 comments:

  1. DSLR saya under real beginner...hahaha...bajet tak perlu tinggi memandangkan baru nak belajar merangkak dalam photography kan...;)

    ReplyDelete
  2. yala,better kita guna yg biasa2 dulu,bt pa klau kita beli yg mahal2 tetap kita xpndai guna lg..
    bek kita guna yg biasa2 dlu..lepas itu,upgrade kpada yg lagi power

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...