Wednesday, February 23, 2011

Tips Membeli DSLR

Ini DSLR idaman aku,Nikon D80


DSLR kini dah macam trend dah dikalangan rakyat Malaysia,p sna nampak orang pegang DSLR,p sini pun nampak jugak.Sebelom kita nak beli 2,lebih bek kita minta pendapat orang yang berpengalaman.InsyaAllah,kita xkan tersilap langkah ataupun kena tipu ngan penjual.Di sini saya da beberapa tip-tip untuk anda semua,Saya ini pun budak baru belajar,pa yang ilmu saya da,insyaAllah,saya akan kongsikan dengan anda semua,Ini tip saya dapat dari kwn saya.

Bagaimana anda memilih DSLR yang pertama anda?, jenama apa?, lensa jenis apa? dan berapakah harganya? Jika anda seorang jurugambar yang profesional, anda pasti telah tahu model, jenama, lensa dan filter yang ingin dibeli. Tetapi bagi yang pertama kali ingin membelinya macam mana? Di sini saya akan sertakan tip-tip untuk membeli kamera DSLR yang pertama anda.

1. Senaraikan apa ciri-ciri yang anda inginkan dalam DSLR yang akan anda beli dan berapakah bajet yang anda ada. Contohnya berapa Mega pixels yang anda inginkan? adakah rakaman video penting untuk anda? adakah anda akan beli aksesori tambahan?Seperti mana teknoloji, apabila anda membeli yang terbaru dan tercanggih harganya mestilah tinggi. jadi anda letakkan apakah ciri-ciri yang penting untuk anda dulu.

2. Selalu membaca dan membuat research tentang DSLR, dan cari yang selalu di syorkan oleh majalah atau pun website seperti CNET dimana mereka boleh memberi cadangan tentang DSLR terbaru atau pun yang sedang berada dipasaran.

3. Pergi ke kedai-kedai yang hanya menjual kamera, jangan ke kedai elektronik atau pun gudang2 cari kamera yang anda ingin beli dan cuba rasa sendiri macam mana bila kita pegang kamera tu. Sebab DSLR ni boleh jadi besar bagi sesetengah orang. dan cuba tengok melalui viewfinder kamera tu. bukan melalui skrin LCD, selesa atau tidak. Jenama yang berlainan meletakkan butang kawalan di sebelah kiri atau sebelah kanan anda. kalau anada tak pasti anda boleh bertanya dengan jurujual kedai tersebut.

4. Apabila membeli kamera anda perlu tahu tentang harga kamera dan juga lensanya sbb dua barang nie berlainan harga... tetapi selalunya depa jual sebagai kit maksudnya kamera ngan lensa sekali. (pilih kamera yang boleh pakai banyak jenama lensa... bukan yang boleh pakai satu jenama saja.. sbb selalunya lensa mahal.... kadang2 lebih dari kamera tu lagi... tp selalunya lebih la... banyak yang syorkan Nikon. sbb ada lensa jenama Tamron, Sigma dan berbagai jenis lagi dan harga dia murah skit dari brand lain...

5. Apa yang penting ialah survey dan bandingkan harga di kedai2 lain... kit lensa apa yang datang dengan kamera tu. Berbaloi ke tak? dan apa lagi free gift yang kedai tu bagi bila kita beli kat dia. Mcm saya, masa saya beli Canon Powershot saya tu, kedai tu bagi diskaun RM100 dari harga pasaran, Tripod, memory card 4gb, beg.

2 comments:

  1. ermmm betul tu...sekarang ni trend beli DSLR...ada yang beli sebab orang lain beli...isk

    ReplyDelete
  2. hahaha..kita jgn t'pengaruh ngan orang..
    klau kita ikut orang,tetapi camera itu sekadar p'hiasan,tdk guna juga kita beli

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...