Powered By Blogger

Monday, February 28, 2011

Gambar & tips komposisi

Setelah anda memahirkan diri dalam proses rakaman yang asas iaitu mendapatkan exposure yang baik dan tepat, anda perlu mempelajari lebih lanjut tentang kompososi. Komposisi adalah susun atur elemen-elemen yang ada dalam gambar. Dalam membina sesebuah komposisi, harus ada ketelitian dalam pengamatan dan perlu ada strategi dalam susun atur elemen-elemen supaya sesebuah imej itu berhasil dan efektif.

  1. Garisan adalah “jalan” antara dua titik.
  2. Garisan boleh jadi lurus, bengkok, menegak, menyendeng dan sebagainya.
  3. Garisan horizontal menggambarkan tranquility dan kelihatan senang.
  4. Garisan vertikal menggambarkan kekuatan dalam komposisi.
  5. Garisan menyendeng beri impak pergerakan, aksi dan perubahan.
  6. Garisan berliku beri impak sensual, senyap dan tenang.
  7. Garisan yang mengecil akan berikan impak kejauhan, kedalaman, saiz dan jarak.
  8. Garisan adalah elemen rekaan yang efektif kerana ia membawa memandu mata penonton ke dalam imej.
  9. Untuk membina gambar yang efektif, anda harus mencari garisan dan menggunakan di dalam imej anda supaya menghasilkan kesan yang tertentu.







2 comments:

  1. hah!yang ni belum d praktikkan...:p

    ReplyDelete
  2. kalau mcm 2,kena praktikal r,insyaAllah..klau da 2 3 komposisi ni dlm gambar kita,insyaAllah..gmbar kita lg nmpak menarik

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...