Powered By Blogger

Wednesday, May 4, 2011

Teknik menggunakan flash eksternal


Ada beberapa teknik penggunaan flash iaitu bounce flash, diffuse flash, direct flash, off camera flash.

Teknik bounce flash (pantulan)
Tujuan menggunakan teknik ini adalah untuk memantulkan cahaya dari flash ke permukaan yang lebih besar seperti langit-langit atau dinding. Dengan memantulkan cahaya dari flash, maka cahaya ruangan yang ada menjadi lebih rata dan halus. Teknik ini boleh digunakan di langit-langit yang tidak terlalu tinggi.

Teknik Diffuse Light (menyebarkan cahaya)
Tujuannya sama dengan bounce iaitu membuat cahaya lebih rata dan halus. Teknik ini boleh dicapai dengan menggunakan aksesori seperti Gari Fong lightsphere atau stofen omnibounce. Dengan salah satu aksesori ini, kita boleh menyebarkan cahaya ke seluruh arah. Teknik ini baik digunakan di dalam ruangan yang relatif kecil.

Teknik Direct Flash (langsung)
Cara menggunakan teknik ini adalah dengan mengarahkan flash langsung ke subjek. Biasanya hasil dari direct flash cukup kasar, maka dari itu sering dihindari. Tapi kalau kita tidak boleh melakukan teknik bounce atau diffuse kerana keterbatasan lingkungan, maka teknik ini boleh dilakukan.

Teknik Off Camera Flash
Tujuan teknik ini adalah untuk menghasilkan cahaya yang terarah pada suatu subjek. Misalnya dalam potret manusia, menggunakan teknik ini bagi mendapatkan menghasilkan gambar objek seperti tiga dimensi. Untuk mengunakan teknik ini,memerlukan penghubungan diantara kamera dan flash. Alat penghubungan diantara lain seperti kabel sinkronisasi (cable sync flash), atau wireless trigger (alat pemantik nirkabel). Dengan adanya alat penghubungan, kamera boleh mengatur satu flash ataupun beberapa flasht yang disusun dalam beberapa kumpulan.


7 comments:

  1. tak mampoo nak beli DSLR.yg ada pun camera cikai jer.klu terdesak..camera enset lah jawabnye.

    jemput terjah new entry

    1) (>.<) Selamat Tinggal (>.<)

    2) (>.<) Sampai Hati Yu Tinggalkan Ai (>.<)

    ReplyDelete
  2. alah...simpan det r,beli yg second hand dulu

    ReplyDelete
  3. saya suka flash lip lap lip lap, nampak macam selebriti bila org tangkap gambar.

    muaahahaha!

    ReplyDelete
  4. HeroIczero>hahaha..yaka,tapi jenuh juga r mata duk than lip lap lip lap flash 2..

    ReplyDelete
  5. banyak info berguna dalam blog ini, tq.

    ReplyDelete
  6. Pojie>thank ya..dtg r & jom kongsi ilmu b'sama2 k

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...