Powered By Blogger

Wednesday, April 20, 2011

Tips persiapan sebelum tangkap gambar keluarga

Tips umum:

  • Pakaian yang memiliki satu warna saja biasanya paling neutral dan bagus untuk gambar keluarga. Hindari pakaian yang memiliki banyak gambar, tulisan, logo dan corak.
  • Dalam gambar keluarga, sebaiknya jenis dan warna pakaian sama diantara anggota keluarga sehingga nampak melalui gambar itu bahawa keluarga itu adalah keluarga yang bersatu.
  • Hindari memotong rambut sesaat sebelum menangkap gambar. Sebaiknya menggunting atau mengganti gaya rambut beberapa hari sebelum menangkap gambar supaya tidak nampak janggal.
  • Hindari memakai perhiasaan yang berlebihan dan berkilat-kilat kerana akan menarik perhatian orang untuk melihat orang yang memakai perhiasaan daripada orang lain.

Tips untuk wanita

  • Hindari make-up yang berwarna gelap terutama di sekitar mata dan pipi
  • Pakailah pakaian dan aksesoris yang berwarna cerah tapi tidak terlalu seksi atau menonjol.
  • Hindari memakai lipstik yang glossy kerana akan memantulkan cahaya sehingga dibahagian bibir akan kelihatan berbintik putih.
  • Tak payah terlalu risau sebab muka mempunyai jerawat atu bintik-bintik di muka kerana boleh dibersihkan dengan mudah selepas mengambil gambar.
  • Membuat pilihan baju yang betul dan bersesuai. Pakaian yang terlalu ketat atau terlalu longgar boleh membuat hempa terlihat lebih gemuk. Baju/blus yang tidak memiliki lengan boleh membuat lengan kelihatan lebih besar. Warna pakaian dalam juga sebaiknya yang sesuai dengan warna baju. Bila warnanya terang, maka sebaiknya pakaian dalam berwarna kulit yang dipakai. Sedangkan bila baju berwarna gelap atau hitam, sebaiknya memakai pakaian dalam berwarna gelap atau hitam juga.

Tips untuk lelaki

  • Pakaian perlulah bersesuai dengan keadaan dan kemas
  • Bercukur sampai bersih sebelum tangkap gambar kerana memang sukar untuk diperbaiki setelah gambar diambil.

4 comments:

  1. wah! tak sangka ada tips macam nie. oh patutla photoG eh? nicee :)

    LANTAK PI LA KIPAS-SUSAH-MATI SI BIEBER TUH

    ReplyDelete
  2. hahaha...da r,pa yg kita bt kat dunia ni,mesti akan da tip dia pnya

    ReplyDelete
  3. snap pic family pon ada skill eh.hmm gud2.

    ReplyDelete
  4. mestilah,tidk xmenarik r gambar famili kita..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...