Noise atau bintik-bintik pada gambar yang akan membuat gambar kita jadi buruk.Sekarang ini,bagaimana kita hendak mengatasi Noise ini,Yang paling penting,kita perlu mengatahui penyebab berlakunya Noise ini.
- Ukuran sensor :Sekiranya kita menggunakan DSLR,faktor untuk berlakunya Noise berkurangan berbanding kita menggunakan kamera compact atau telefon bimbit.Oleh itu,mau x mau,kena belilah DSLR.
- ISO Tinggi:Gambar dengan setting ISO tinggi akan meningkatkan noise. Ada waktunya kita memerlukan ISO tinggi, tapi seharusnya kita guna ja ISO yang rendah ataupun sederhana . (seperti ISO 400 atau kebawah).
- Faktor cahaya yang tinggi : Semakin tinggi faktor cahaya semakin tinggi noise. Yang dimaksudnya ialah warna cahaya yang kekuningan atau jingga yang tinggi berbanding cahaya kebiruan yang agak rendah.
- Membiar sensor terbuka terlalu lama: Semakin lama kita membuka sensor untuk mengambil gambar, semakin tinggi noise yang akan dihasilkan.
- Kekurangan cahaya:Cahaya memmainkan peranan yang penting,sekiranya kekurangan cahaya yang masuk,noise akan muncul lebih banyak terutamanya di kawasan yang gelap atau pada bayang-bayang kita.Oleh itu,kita kena settingkan esposur yang sesuai dengan keadaan dan suasana ketika kita ingin bergambar.
Kadang kala kerana keadaan yang tidak memungkinkan, kita terpaksa menggunakan setting atau alat yang kurang ideal sehingga gambar kita banyak noise. Tapi jangan putus asa terlebih dahulu kerana kita juga boleh menggunakan software tertentu untuk mengurangkan noise.
Salah satu cara yang paling popular adalah dengan mengambil gambar RAW (Jenis file berukuran besar dan berkualiti tinggi dibandingkan jenis JPG). Sekiranya itu berlaku,kita mau x mau kena guna software khusus untuk edit gambar yang noise tersebut.Lalu mengunakan software khusus untuk kamera tersebut dan mengurangi noise yang timbul.
Selain itu,Kita boleh menggunakan pelbagai software seperti Adobe Photoshop,Adobe Lightroom,Noise Ninja,Neat Image dan lain-lain lagi.Di dalam software tersebut terdapat beberapa tools/alat mengurangkan noise.
Di kamera terdapat fitur NR (Noise Reduction). Fitur ini boleh membantu hempa sekiranya gambar hempa itu dalam bentuk JPG. Tapi sebahagian besar kamera tidak memiliki NR yang baik, sehingga menyebabkan kualiti gambar hempa teruk dah tak berapa cantik.
Kadang-kadang , noise juga bukan menjadi musuh kita malah ia boleh menjadi teman kita, misalnya untuk memberikan efek tekstur pada gambar, boleh membuat gambar kita kelihatan klasik. 2 pada orang yang berminat menggunakan effect noise saja la.
wahhh.
ReplyDeleteinfo yg sgt menarik.
blh guna esok2 bila dah beli dslr sniri :)
sila gunakan...
ReplyDeletebeli cepat2 skit,rugi kalau xshoot guna DSLR ni..hahaha
Terbaik Mie...Saya sudah follow anda.
ReplyDeletehasnul>teima kasih ya
ReplyDelete:) seronok baca tips nya
ReplyDeleteintan maisarah>thank ya,kalau suka,masuk r selalu ke blog ni..hahaha
ReplyDelete