Powered By Blogger

Monday, February 28, 2011

ELECTRONIC FLASH EF-610 DG SUPER



Cahaya merupakan faktor penting dalam pemotretan, untuk itulah Sigma kembali menghadirkan sebuah flash untuk membantu para fotografer dalam membuahkan sebuah karya foto. Kali ini Sigma Corporation mengumumkan peluncuran flash EF-610 DG Super dengan Guide Number (GN) 61, yang dirancang untuk bekerja dengan sistem auto terbaru TTL untuk semua produsen populer SLR.

Fungsi autozoom bekerja secara otomatis yang dapat mengatur sudut pencahayaan optimal sesuai dengan panjang fokus lensa dengan jarak 24-105mm. Untuk bounching, kepala flash Sigma EF-610 dapat ditekuk hingga 90 derajat, ke kiri sebesar 180 derajat, ke kanan sebesar 90 derajat, dan ke bawah sebesar 7 derajat.

Fitur lain yang dimiliki oleh Sigma EF-610 DG Super adalah mode otomatis, multi-pulse flash, TTL wireless flash, FP (high speed) flash, sinkron secara rear-curtain dan mode manual flash, yang memungkinan pengguna mengatur level daya flash hingga delapan stop. Auto power-off juga akan berfungsi secara otomatis untuk menghemat penggunaan baterai. Sigma EF-610 DG Super memiliki dimensi 77×139×117 mm dan berbobot 315 gram.

Thursday, February 24, 2011

Mengikut tahap kita




Kebanyakan pembeli pertama kali DSLR adalah orang-orang yang biasanya melakukan naik taraf atau 'upgrade' dari kamera Point and Shoot atau kamera kompak , dan alasan mengapa kebanyakan orang ingin mengupgrade ke DSLR mungkin kerana mereka berfikir DSLR akan mengambil foto lebih baik.

Walaupun secara teknikal dan umumnya, DSLR harus memberikan kualiti gambar yang lebih baik daripada P&S dan kompak, anda harus belajar tentang fotografi dan mampu menggunakan kamera dengan betul sebelum anda boleh mendapatkan keputusan yang lebih baik dengan DSLR.

Ingat! Kamera hanyalah alat.

BAJET / JULAT HARGA (PRICE RANGE)

Dah dapat gambaran sebenar DSLR kan?Sekarang jom kita tengok cara-cara memilih DSLR. Hal pertama yang biasa bermain di kepala kita bila kali pertama hendak membeli DSLR pastinya Harga!


1. Peringkat Baru belajar ,harganya ialah Rm 31800.00- Rm 3500.00 (Body Sahaja)







2. Peringkat Pertengahan ,harganya ialah Rm 3500.00 - Rm 8000.00 (Body Sahaja)










3. Peringkat Profesional ,harganya ialah Rm 29,988.00 (Body Sahaja)




Jadi agak-agak dah tahu kelas mana yang mahu anda pilih?mudah kan?

  1. Tengok akaun ada berapa duit.
  2. Lihat banyak mana jumlah yang anda sanggup keluarkan.
  3. Pilih jenama mana yang menawarkan lebih banyak kelebihan kamera untuk bajet anda.
  4. dan yang terakhir, Beli~ ^_^

PERTIMBANGAN UMUM

Kami pernah mendapat soalan seperti apa sebenarnya beza antara P&S dan DSLR? Harus diingat bahawa sekiranya anda telah membuat keputusan untuk membeli DSLR,ia sedikit berbeza dengan membeli kamera kompak dan P&S. Ini bermakna anda bukan hanya membeli sebuah kamera. Anda sebenarnya telah meletakkan diri anda untuk memiliki SELURUH SISTEM!

Sebuah kamera DSLR sistem yang boleh terdiri daripada:

  • Bodi/Badan kamera
  • Lensa
  • Flash Light (Speedlite)
  • Aksesori seperti remote, bateri grip dll.

POINT BERGUNA UNTUK ANDA:

  • Setiap pengeluar kamera DSLR membuat sebuah sistem yang tidak serasi dengan komponen dari pengilang kamera lain. Contohnya, jika anda membeli DSLR Nikon, anda tidak akan boleh menggunakan lensa Canon (kecuali dengan adapter) dan perkara yang sama terjadi bagi unit flash.
  • Sistem kamera DSLR utama di pasaran berasal dari Canon, Nikon, Sony, sistem Four-Third (Olympus dan Panasonic). Fujifilm juga mengeluarkan DSLR yang boleh menggunakan lensa Nikon.
  • Canon dan Nikon mungkin mempunyai sistem paling maju dengan pelbagai pilihan lensa dan aksesori, masing-masing menghasilkan sekitar 60 lensa yang berbeza. Sony, sistem Four-Third dan Pentax berada di tangga ke-2, dengan masing-masing pembuat menghasilkan sekitar 30 lensa yang berbeza untuk masing-masing.
  • Ergonomi merupakan faktor yang sangat penting untuk dipertimbangkan dalam memilih DSLR. Setiap orang memiliki keutamaan yang walaupun berbeza pendapat.

Perbezaan Nikon DSLR




Sekarang ni jom kita tengak perbezaan D7000,D90 & D300s.
Selama ini kita duk dengar yang D7000 ni pengganti D90,tak tukar pun la,D7000 tetap D7000 & D90 tetap D90 juga.Jom kita tengak perbezaan kat bawah.



Jom kita pakat-pakat tengak apa perbezaan diantara D3000, D3100, dan D5000.Seperti sedia maklum,
Nikon telah mengeluarkan Product baru iaitu D3000,D3100 dan D5000.2 DSLR yang telah dia upgrape dari D90 & D3000 iaitu D3100 & D7000.
Jom kita tengak perbezaan DSLR ini.


Inilah serba ringkas perbezaan dan kelebihan D3100 dan D7000 yang dapat saya ceritakan. Sekarang, jom kita bincang pasal HARGA pula.

Bila khabar angin yang mengatakan D90 akan diganti dengan D7000 didapati tidak benar, ini telah menyebabkan harga DSLR D90 meningkat semula. Semasa saya buat ‘window shopping’ di Digital Mall, PJ pada beberapa hari lepas, seorang peniaga kedai Kamera yang terletak di Tingkat 3, Digital Mall memberitahu, pada awal keluaran D7000, harga untuk DSLR D90 telah turun hingga mencapai harga RM3100! Waktu itu, ramai yang menjangkakan harga DSLR D90 akan turun lagi hingga mencecah RM3000 kebawah. Memandangkan D7000 yang keluar bukan sebagai pengganti kepada D90, tetapi sebagai MODEL PERTENGAHAN diantara D90 dan D300S, maka harga untuk D90 meningkat semula menjadi RM3888 (Harga yang NIKON keluarkan untuk D90). Manakala D7000 yang baru keluar pula diletakkan pada harga RM4000 ke atas.

Wednesday, February 23, 2011

Apakah itu ISO?


Pasti ramai yang masih tertanya-tanya apakah itu ISO sebenarnye kan? Ada yang masih menganggap jika kita mengambil gambar dengan ISO yang tinggi gambar lebih mudah diambil dan tidak menghasilkan sebarang gegaran. Adakah penyataan ini betul atau salah? Jom kita sama-sama bincang.

ISO secara mudahnya ditafsirkan sebagai tahap sensitiviti(kepekaan) terhadap cahaya.

Kalau anda ingat tentang kamera dulu-dulu yang pakai filem, pada kotak filem (atau sesetengah memanggil kodak) ada tertulis perkataan 100/200/400/800. Inilah kepekaan filem tersebut terhadap cahaya.Bagi kamera digital zaman kini, ISO merujuk kepada kepekaan sensor kamera terhadap cahaya.


Semakin rendah nilai tersebut, semakin rendah kepekaan filem/sensor terhadap cahaya dan ‘noise’ yang dihasilkan adalah kurang.

Begitu jugalah sebaliknya untuk nilai ISO yang lebih tinggi. Lebih tinggi nilai ISO, lebih peka filem/sensor tersebut terhadap cahaya tetapi lebih banyak ‘noise’ akan dihasilkan.

Istilah ‘Noise’ atau terjemahan ke dalam bahasa secara terus bermakna BISING. Tapi ini bukan bermakna gambar tersebut mengeluarkan bunyi bising atau menjerit, noise ini merujuk kepada setiap butiran yang kasar pada gambar yang anda ambil.

JADI NAK GUNA ISO BERAPA?

Persoalan pertama yang timbul di minda kita, apakah nilai ISO terbaik untuk setting kamera saya?adakah yang rendah lebih baik atau yang tinggi?

100? 200? 400? 800? 1600? 3200?


Nilai ISO yang paling sesuai utk kamera anda haruslah mengikut kepada suasana sekeliling anda samada anda dalam keadaan gelap (malam), sedikit cahaya (dalam rumah) atau pun cahaya terang(di luar rumah). Dari pengalaman peribadi Fotogu.Com, setting di bawah ini adalah yang terbaik untuk bagi mereka yang masih baru dalam fotografi dan ingin membuat eksperimen tentang ISO.


ISOSuasana
100Outdoor (Cahaya Sangat Terang)
200Outdoor (Cahaya Terang)
400Indoor (Cahaya Kurang)
800Indoor (Cahaya Sangat Kurang)
1600Indoor / Malam (Cahaya Hampir Tiada)

Namun, anda masih bebas menggunakan ISO yang tinggi di mana-mana yang anda suka kerana di Malaysia, ada jurukamera yang sengaja membuat gambar-gambar yang diambil mempunyai noise yang tinggi kerana menjadi teknik tersendiri atau trademark beliau. Dengan ISO yang tinggi jugak, gambar yang diambil dapat menghasilkan kurang gegaran kerana kelajuan shutter menjadi lebih pantas dan sensor kamera mampu menyimpan/merekod imej dengan lebih cepat. Ini kerana sensor tersebut lebih peka terhadap cahaya dan sensor tidak memerlukan masa yang lama untuk merekod imej tersebut.

Tips Membeli DSLR

Ini DSLR idaman aku,Nikon D80


DSLR kini dah macam trend dah dikalangan rakyat Malaysia,p sna nampak orang pegang DSLR,p sini pun nampak jugak.Sebelom kita nak beli 2,lebih bek kita minta pendapat orang yang berpengalaman.InsyaAllah,kita xkan tersilap langkah ataupun kena tipu ngan penjual.Di sini saya da beberapa tip-tip untuk anda semua,Saya ini pun budak baru belajar,pa yang ilmu saya da,insyaAllah,saya akan kongsikan dengan anda semua,Ini tip saya dapat dari kwn saya.

Bagaimana anda memilih DSLR yang pertama anda?, jenama apa?, lensa jenis apa? dan berapakah harganya? Jika anda seorang jurugambar yang profesional, anda pasti telah tahu model, jenama, lensa dan filter yang ingin dibeli. Tetapi bagi yang pertama kali ingin membelinya macam mana? Di sini saya akan sertakan tip-tip untuk membeli kamera DSLR yang pertama anda.

1. Senaraikan apa ciri-ciri yang anda inginkan dalam DSLR yang akan anda beli dan berapakah bajet yang anda ada. Contohnya berapa Mega pixels yang anda inginkan? adakah rakaman video penting untuk anda? adakah anda akan beli aksesori tambahan?Seperti mana teknoloji, apabila anda membeli yang terbaru dan tercanggih harganya mestilah tinggi. jadi anda letakkan apakah ciri-ciri yang penting untuk anda dulu.

2. Selalu membaca dan membuat research tentang DSLR, dan cari yang selalu di syorkan oleh majalah atau pun website seperti CNET dimana mereka boleh memberi cadangan tentang DSLR terbaru atau pun yang sedang berada dipasaran.

3. Pergi ke kedai-kedai yang hanya menjual kamera, jangan ke kedai elektronik atau pun gudang2 cari kamera yang anda ingin beli dan cuba rasa sendiri macam mana bila kita pegang kamera tu. Sebab DSLR ni boleh jadi besar bagi sesetengah orang. dan cuba tengok melalui viewfinder kamera tu. bukan melalui skrin LCD, selesa atau tidak. Jenama yang berlainan meletakkan butang kawalan di sebelah kiri atau sebelah kanan anda. kalau anada tak pasti anda boleh bertanya dengan jurujual kedai tersebut.

4. Apabila membeli kamera anda perlu tahu tentang harga kamera dan juga lensanya sbb dua barang nie berlainan harga... tetapi selalunya depa jual sebagai kit maksudnya kamera ngan lensa sekali. (pilih kamera yang boleh pakai banyak jenama lensa... bukan yang boleh pakai satu jenama saja.. sbb selalunya lensa mahal.... kadang2 lebih dari kamera tu lagi... tp selalunya lebih la... banyak yang syorkan Nikon. sbb ada lensa jenama Tamron, Sigma dan berbagai jenis lagi dan harga dia murah skit dari brand lain...

5. Apa yang penting ialah survey dan bandingkan harga di kedai2 lain... kit lensa apa yang datang dengan kamera tu. Berbaloi ke tak? dan apa lagi free gift yang kedai tu bagi bila kita beli kat dia. Mcm saya, masa saya beli Canon Powershot saya tu, kedai tu bagi diskaun RM100 dari harga pasaran, Tripod, memory card 4gb, beg.

Belajar Menggunakan Shutter Speed


Belajar Fotografi, Mengenal Shutter Speed atau Kecepatan Rana.
Shutter adalah semacam layer yang menutup sensor . Pada waktu kita men-jepret , Shutter ini akan terbuka selama bbrp waktu sehingga sensor bisa merekam cahaya yang masuk melalui lensa . Durasi pembukaan shutter inilah yang dikenal sebagai Shutter Speed . Logikanya , semakin lama shutter dibuka akan semakin banyak cahaya yang masuk . Dan sebaliknya semakin cepat shutter dibuka maka makin sedikit cahaya yang terekam .

Memang best kalau kita dapat menguasai kemahiran menggunakan Slow Shutter Speed,High Shutter Speed & Normal Speed.

Jom kita sama-sama belajar tentang Shutter Speed ini,

hendak tau maklumat lanjut,jom kita klik kat bawah

http://butuhtips.com/belajar-fotografi-mengenal-shutter-speed-atau-kecepatan-rana.html





tip dari pro photograper (Ikram Ismail)


Ikram Ismail adalah seorang Jurugambar Perkahwinan Profesional VVIP dan Selebriti di Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang fotografi hampir 20 tahun. Antara selebriti terkenal yang menjadi pelanggan beliau untuk fotografi perkawinan seperti Dato Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Nora Danish, VVIP kenamaan dan ramai lagi.

Terbaru, Ikram Ismail menjadi jurugambar rasmi untuk majlis perkahwinan pelakon Ayu Raudhah dengan pemain bola sepak negara Zaquan Adha, di Kedah pada 21 Januari lepas.

Sila Klik di bawah

http://noorizamsabran.com/?cat=21


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...