Powered By Blogger

Wednesday, May 4, 2011

Teknik menggunakan flash eksternal


Ada beberapa teknik penggunaan flash iaitu bounce flash, diffuse flash, direct flash, off camera flash.

Teknik bounce flash (pantulan)
Tujuan menggunakan teknik ini adalah untuk memantulkan cahaya dari flash ke permukaan yang lebih besar seperti langit-langit atau dinding. Dengan memantulkan cahaya dari flash, maka cahaya ruangan yang ada menjadi lebih rata dan halus. Teknik ini boleh digunakan di langit-langit yang tidak terlalu tinggi.

Teknik Diffuse Light (menyebarkan cahaya)
Tujuannya sama dengan bounce iaitu membuat cahaya lebih rata dan halus. Teknik ini boleh dicapai dengan menggunakan aksesori seperti Gari Fong lightsphere atau stofen omnibounce. Dengan salah satu aksesori ini, kita boleh menyebarkan cahaya ke seluruh arah. Teknik ini baik digunakan di dalam ruangan yang relatif kecil.

Teknik Direct Flash (langsung)
Cara menggunakan teknik ini adalah dengan mengarahkan flash langsung ke subjek. Biasanya hasil dari direct flash cukup kasar, maka dari itu sering dihindari. Tapi kalau kita tidak boleh melakukan teknik bounce atau diffuse kerana keterbatasan lingkungan, maka teknik ini boleh dilakukan.

Teknik Off Camera Flash
Tujuan teknik ini adalah untuk menghasilkan cahaya yang terarah pada suatu subjek. Misalnya dalam potret manusia, menggunakan teknik ini bagi mendapatkan menghasilkan gambar objek seperti tiga dimensi. Untuk mengunakan teknik ini,memerlukan penghubungan diantara kamera dan flash. Alat penghubungan diantara lain seperti kabel sinkronisasi (cable sync flash), atau wireless trigger (alat pemantik nirkabel). Dengan adanya alat penghubungan, kamera boleh mengatur satu flash ataupun beberapa flasht yang disusun dalam beberapa kumpulan.


Sunday, May 1, 2011

Cahaya keras VS cahaya lembut

Kita sering terlupa bahaya cahaya adalah salah satu sumber untuk mencantikkan lagi gambar kita.Cahaya mempunyai 2 jenis iaitu cahaya keras dan cahaya yang lembut.

potret-cahaya-keras

Gambar potret dengan cahaya yang keras

Cahaya yang keras, sumber cahayanya relatif kecil, iaitu cahaya matahari pada waktu tengah hari. Arah cahaya itu datang dari arah sisi kanan model.

Mungkin ada yang masih tak paham, sinar matahari disebut sebagai sumber cahaya yang kecil.Ini kerana letak yang sangat jauh dari bumi sehingga menjadi relatif kecil dipandang dari bumi, kecuali bila awan menutupi cahaya matahari.

Kalau kita perhatikan, cahaya yang keras menghasilkan gambar yang sangat kontras. Bayangan yang terbentuk juga sangat jelas. Bayangan seperti ini menutupi sebahagian sisi wajah sehingga wajah model terlihat menjadi kurus. Tekstur kulit seperti jerawat akan menonjol.

Sebaliknya cahaya yang lembut akan menghasilkan gambar yang tidak kontras cahaya yang keras, tekstur muka tidak terlalu menonjol, dan bayangannya tidak begitu kelihatan .

potret-cahaya-lembut

Gambar potret dengan cahaya yang lembut

Untuk mendapatkan cahaya yang lembut, kita perlu sumber cahaya yang relatif besar, dalam gambar ini, sebuah reflektor berbentuk bulat digunakan untuk menghalang sinar matahari yang datang terlalu banyak dari sebelah kanan model.

Sekarang,kita perlu pikir,yang mana lagi bagus? cahaya yang keras atau lembut? semua bergantung kepada selera dan citarasa seseorang itu. Kalau bagi aku, kedua-duanya sama bagus mengikut keadaan atau model yang kita gunakan. Cahaya yang keras kelihatan lebih dramatis, sedangkan cahaya yang lembut membuat wajah lebih halus.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...